kumpulan utusan

diperbadankan pada tahun 1938 di Singapura sebagai Utusan Melayu Press Limited. Akhbar ulungnya, Utusan Melayu, telah dilancarkan pada 29.5.19389. Dengan menggunakan Jawi, akhbar tersebut dicetak di Singapura.

Kumpulan Utusan terkenal dengan akhbar " utusan malaysia", "kosmo" dan "mingguan malaysia".3 akhbar yang terkenal sifat perkauman membela melayu dan condong kepada parti pemerintah.akibatnya ke 3 akhbar ini merosot jualannya akibat diboikot penyokong pakatan rakyat semenjak meletusnya kebangkitan rakyat 2.9.08.era reformasi yang diasaskan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim selepas dipecat dari kabinet Tun Dr Mahathir ketika itu.

Persoalannya sekarang,adakah kumpulan Utusan yang dikuasai UMNO,itu benar benar membela atas melayu untuk kebaikan melayu itu sendiri.atau sekadar omongan kosong untuk meneruskan legasi pemerintahan UMNO di Malaysia?

Berikut adalah pertikaian saya perjuangan kumpulan Utusan demi memartabatkan melayu.Kumpulan Utusan juga menerbitkan 2 buah majalah hiburan,iaitu " MANGGA " dan " URTV ".dua buah majalah hiburan yang berkisar mengenai dunia hiburan dan para artis sama ada di dalam negara dan di luar negara.80% isi kandungan majalah ini lebih kepada kisah artis dan dunia hiburan di malaysia.

mangga dan urtv adalah majalah yang menyiarkan pelbagai gambar anakanak melayu dengan pelbagai pose yang memalukan.hampir keseluruhan tubuh kecuali ' cik Y ' dan hampir separuh 'cik W 'di tayankan untuk tatapan umum.seolah olah para gadis melayu ini,tiada maruah dan pegangan agama islam sama sekali.hilang lagi adap dan kesopanan gadis melayu.gambar mereka dijaja untuk keuntungan sebuah kumpulan syarikat yang kononnya pejuang melayu.

adakah kerana arus kemodenan,norma norma hidup sebagai bangsa melayu dan islam dinafikan demi wang ringgit dan keuntungan.wanita diexploitasi.maruah dan harga dijaja atas kerelaan artis itu sendiri untuk mencari nama dan glamour..

tepuk dada tanya lah iman,biar hati berbicara.adakah kumpulan utusan layak digelar pejuang Islam dan bangsa.ketika mereka menjaja maruah anak islam untuk wang ringgit.


0 comments: